Kediaman Impian - Miliki idaman kediaman anda!

Residen Bestari at Seri Manjung © 2022 V Development Sdn Bhd
All Rights Reserved.

Pemaju hartanah, SBA Property Management Sdn Bhd (V Development) telah melancarkan projek pembangunan terkini iaitu Residen Bestari yang mengandungi empat blok pangsapuri kondominium 1200 unit setinggi 20 tingkat.

Bermula dengan harga serendah RM250,000 seunit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM318 juta, pembangunan ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga tempatan berikutan lokasi yang strategik di Seri Manjung.

Lokasi pembangunan ini terletak di jalan utama yang menghubungkan Lumut, Pulau Pangkor dan Sitiawan. Selain itu, akses terus ke Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang memainkan peranan signifikan dalam membantu membangunkan koridor Pantai Barat Selangor dan Perak juga menjadi tarikan warga tempatan.

Residen Bestari diyakini mampu menarik perhatian ramai pembeli berpotensi kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan Aeon Seri Manjung serta pusat perniagaan Seri Manjung seperti Hospital Pantai Manjung, Tesco Manjung, TF Value Mart Manjung, Aeon Seri Manjung, TGV Seri Manjung, McDonalds Seri Manjung and sebagainya. Pembangunan kediaman mampu milik ini sudah pasti menjadi pilihan ideal buat pembeli rumah pertama, penaik taraf kediaman, keluarga muda serta golongan profesional yang mahu menetap berdekatan dengan pusat daerah perniagaan

Residen Bestari yang dibangunkan di atas tapak seluas 14.88 ekar menawarkan saiz kediaman berkeluasan 1000 kaki persegi (kps) dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air dan satu hingga 2 tempat letak kereta bergantung mengikut jenis kediaman yang dibeli. Projek ini menawarkan 19 jenis kemudahan kepada penghuninya termasuk kolam renang, taman permainan, taman riadah, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, tadika, pusat asuhan, surau, gelanggang futsal, gimnasium, dewan serbaguna dan lain-lain.

Lokasi Brand Eye

Jom chat sekarang.
1
Nak membantu?
Terima Kasih kerana berminat dengan Residen Bestari.